Proudly Powered By

Tuesday, August 16, 2011

Selamat Datang Ke Hakzin FM


Hakzin Enterprise menuju setapak lagi ke hadapan dengan membuka lembaran baru dalam dunia internet melalui Radio Internet. Kami memilih ruangan internet untuk berkongsi dengan anda semua tentang Hakzin Enterprise.

Sebelum ini, kami sudah biasa memainkan lagu-lagu untuk orang ramai dalam pelbagai acara seperti majlis orang kahwin, hotel, hari raya, tadika dan bermacam-macam lagi. Disebabkan kami pakar dalam bidang P.A Sistem. Kami sudah mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini. Dan kami memilih Radio Internet sebagai tempat kami untuk berjumpa dengan pengguna internet pula.

Radio internet di Malaysia tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Dan kami sedar akan kewujudan banyak radio internet di Malaysia ini. Namun kami akan cuba memberikan kelainan yang bila pendengar-pendengar Hakzin FM masuk di blog ini, akan terasa kelainan.

No comments:

Post a Comment