Proudly Powered By

Monday, August 24, 2020

Borak




[ Copy this | Start New | Full Size ]
 


Inginkan keseronokan sambil mendengar lagu-lagu terbaik dari kami.  Mari berbual bersama teman-teman dari Hakzin FM. Kami akan melayani anda setiap masa. Ditambah pula dengan member-member yang sempoi. Anda tidak akan berasa kesunyian bila berada disini. Jika anda belum daftar sebagai ahli di chatbox ini, anda boleh melakukannya. Mudah sahaja. Anda hanya perlu klik set name dan masukkan nama pilihan anda dan password. Kemudian klik sign up. Dan selepas itu anda boleh login dan upload gambar anda dengan hanya klik avatar anda.

Sunday, October 30, 2011

Hakzin FM Berpindah Ke Laman Baru


Sebelum ni mungkin ada yang masuk site ni tapi redirect kat blog baru. Ok. Camni. Jadi den akan biarkan web ni kekal tanpa redirect kat blog baru. Terpulang mana korang nak masuk. Jadi tak kisah mana korang nak masuk. Asalkan ada bunyi Radio Hakzin FM ni sudah. :D


Tapi den cadangkan masuk blog baru sebab macam2 ada :D

Ni link dia: HakzinFM


Monday, September 12, 2011

Kami Mencari Sukarelawan DJ


Peluang Menjadi DJ Popular Bersama Kami

Disebabkan kami masih lagi baru, kami kekurangan DJ. Dan ini punca kami tidak dapat menghiburkan anda dalam tempoh jangka panjang. Apabila DJ offline. Anda cuma disajikan dengan lagu yang kami simpan dengan menggunakan mod auto DJ.

Kami pun bergerak secara underdog. Dan kami masih lagi belum mempunyai Dana yang besar untuk menggajikan DJ2. Cuma yang ada sekarang ini sukarelawan dari kawan-kawan mahupun adik beradik sendiri. Jadi kami ingin mencari sukarelawan yang sanggup menjadi DJ di Hakzin FM.

Segala tanggungan kos server adalah dibawah tangunggan kami sendiri dan kami. Jadi kami hanya memerlukan Dj sukarelawan bagi memeriahkan Hakzin FM. Dan anda sudah tentunya akan mempunyai followers anda sendiri dengan gaya celoteh anda sendiri. Anda sebagai DJ Hakzin FM mempunyai hak anda untuk mengiklan produk anda sendiri melalui segmen anda sendiri.

Minat nak jadi Sukarelawan DJ kami. Dan apakah syarat-syaratnya. Kami di Hakzin FM tidaklah memberikan syarat-syarat yang ketat kerana kami pun masih dalam belajar. Jadi disini kami sediakan syarat-syarat mudah untuk anda apply.

Antara syarat-syaratnya.

1. Anda mempunyai kebolehan bercakap dengan baik.
2. Mempunyai peralatan microphone sendiri. Seperti headphone yang ada mic atau jika anda kaki karaoke, guna karaoke anda sendiri untuk bunyi yang lagi menarik dan berkualiti.
3. Mempunyai simpanan lagu anda sendiri. Kalau boleh format MP3.
4. Mempunyai perisian untuk bercakap dan memainkan lagu seperti Winamp, Sam Broadcaster atau yang seangkatan dengannya dan mempunyai kebolehan untuk menggunakannya. Perisian mengikut kehendak anda. Kalau anda biasa guna winamp. Boleh gunakannya.
5. Berikan kami slot waktu pilihan anda untuk dijadikan anda DJ. Dan kami akan ciptakan segment anda. Dan sila berikan nick pilihan anda untuk kami update di blog. Contoh seperti DJ NIKO - Segmen Best Terbaik.

Jika anda berminat nak memohon. Sila hantarkan permohonan ringkas anda ke alamat email kami di kurama87@gmail.com. Dan kami akan melayani anda secepat yang mungkin.

Jika anda sudah jadi DJ di Hakzin FM. Sila beritahu kami waktu anda akan online kerana kami akan matikan mod auto DJ dan memberikan anda peluang untuk bercakap secara Live DJ. Kerana kami masih lagi menggunakan khidmat Centova untuk on dan off kan auto DJ. SMS je ke no 017-6515143 untuk  pemberitahuan tersebut.

Tuesday, August 30, 2011

Hakzin FM Mara Ke Hadapan


Salam kepada pendengar-pendengar Hakzin FM. Hakzin FM baru sahaja menaik tarafkan sistem dari percuma kepada yang berbayar. Oleh dengan itu juga, Hakzin FM kini dapat didengari diseluruh dunia asalkan selagi ada internet.

Selain itu juga, siaran Hakzin FM kini beroperasi 24 jam. Maknanya anda tidak kerugian apa-apa sekiranya tiada DJ yang bertugas kerana kami sudah menyediakan susunan lagu-lagu yang amat menarik sekiranya kami tidak bertugas sebagai DJ.

Kami juga sedang dalam proses menambah beberapa DJ untuk anda semua pada masa akan datang. Semuanya untuk anda sebagai pendengar setia Hakzin FM.