Proudly Powered By

Monday, September 12, 2011

Kami Mencari Sukarelawan DJ


Peluang Menjadi DJ Popular Bersama Kami

Disebabkan kami masih lagi baru, kami kekurangan DJ. Dan ini punca kami tidak dapat menghiburkan anda dalam tempoh jangka panjang. Apabila DJ offline. Anda cuma disajikan dengan lagu yang kami simpan dengan menggunakan mod auto DJ.

Kami pun bergerak secara underdog. Dan kami masih lagi belum mempunyai Dana yang besar untuk menggajikan DJ2. Cuma yang ada sekarang ini sukarelawan dari kawan-kawan mahupun adik beradik sendiri. Jadi kami ingin mencari sukarelawan yang sanggup menjadi DJ di Hakzin FM.

Segala tanggungan kos server adalah dibawah tangunggan kami sendiri dan kami. Jadi kami hanya memerlukan Dj sukarelawan bagi memeriahkan Hakzin FM. Dan anda sudah tentunya akan mempunyai followers anda sendiri dengan gaya celoteh anda sendiri. Anda sebagai DJ Hakzin FM mempunyai hak anda untuk mengiklan produk anda sendiri melalui segmen anda sendiri.

Minat nak jadi Sukarelawan DJ kami. Dan apakah syarat-syaratnya. Kami di Hakzin FM tidaklah memberikan syarat-syarat yang ketat kerana kami pun masih dalam belajar. Jadi disini kami sediakan syarat-syarat mudah untuk anda apply.

Antara syarat-syaratnya.

1. Anda mempunyai kebolehan bercakap dengan baik.
2. Mempunyai peralatan microphone sendiri. Seperti headphone yang ada mic atau jika anda kaki karaoke, guna karaoke anda sendiri untuk bunyi yang lagi menarik dan berkualiti.
3. Mempunyai simpanan lagu anda sendiri. Kalau boleh format MP3.
4. Mempunyai perisian untuk bercakap dan memainkan lagu seperti Winamp, Sam Broadcaster atau yang seangkatan dengannya dan mempunyai kebolehan untuk menggunakannya. Perisian mengikut kehendak anda. Kalau anda biasa guna winamp. Boleh gunakannya.
5. Berikan kami slot waktu pilihan anda untuk dijadikan anda DJ. Dan kami akan ciptakan segment anda. Dan sila berikan nick pilihan anda untuk kami update di blog. Contoh seperti DJ NIKO - Segmen Best Terbaik.

Jika anda berminat nak memohon. Sila hantarkan permohonan ringkas anda ke alamat email kami di kurama87@gmail.com. Dan kami akan melayani anda secepat yang mungkin.

Jika anda sudah jadi DJ di Hakzin FM. Sila beritahu kami waktu anda akan online kerana kami akan matikan mod auto DJ dan memberikan anda peluang untuk bercakap secara Live DJ. Kerana kami masih lagi menggunakan khidmat Centova untuk on dan off kan auto DJ. SMS je ke no 017-6515143 untuk  pemberitahuan tersebut.

2 comments:

  1. quality bunyi agak kurang memuaskan...

    ReplyDelete
  2. Semalam ada problem skit bro. Tp rasanya da setel lewat malam semalam

    ReplyDelete